Sunday, November 30, 2008

motivasi

Cuba bayangkan diri anda tanpa Minda. Dimanakah diri anda ketika itu?

Mungkin anda takkan dapat membaca artikel ini. Mungkin anda sedang terbaring di deret-deret kaki lima. Namun mereka yang begitu tidak bersalah kerana sudah ditakdirkan Ilahi ke atasnya.

Tapi, cuba bayangkan anda mempunyai sijil atau kelayakan dan mempunyai minda. Namun anda tidak menggunakannya minda anda. Dimanakah anda?

Jika anda seorang Arkitek. Mungkin anda hanya tahu tahu melukis plan untuk bos anda.

Jika anda seorang Doktor. Mungkin anda makin gaji dengan kerajaan saja sehingga tua.

Jika anda seorang Driver Teksi. Mungkin anda hanya hidup dengan apa yang anda dapat.

Cuba bayangkan pula anda mempunyai sijil atau kelayakan dan menggunakan sepenuh minda anda. Dimanakah anda?

Jika anda seorang Arkitek. Mungkin setahun dua anda melukis untuk bos anda dan kemudian anda adalah bos kepada semua arkitek.

Jika anda seorang Doktor. Mungkin anda telah membuka hospital anda sendiri.

Jika anda seorang Driver Teksi. Mungkin anda telah bersama orang ternama yang menaiki teksi anda bersama-sama menguruskan projek besar.

Yang terhebat, jika anda tidak mempunyai kelayakan tetapi anda mempunyai Minda yang hebat. Dimanakah anda?

Mungkin anda bukan seorang arkitek, atau seorang doktor. Tetapi jika minda anda juah berevolusi dari mereka, pasti anda kehadapan jauh lebih dari mereka. Kerana anda akan lebih kuat berusaha berbanding mereka.

Tun Mahathir, di ejek dengan minda nya yang gila merancang pembangunan negara. Tetapi akhirnya Proton gah di dunia. Menara Petronas menjadi lambang kebanggaan Malaysia.

Kenapa mendiang Tan Sri Lim Goh Tong digelar gila semasa membuka Genting Highland? Orang kata…“Siapa yang mahu pergi kat atas bukit tu..Gila”

Tetapi minda beliau jauh berevolusi dan akhirnya Genting Higland menjadi sebuah termpat peranginan terkemuka di Malaysia. Beliau menjadi salah seorang Jutawan Malaysia. Adakah beliau mempunyai apa-apa sijil atau kelayakan? Dimanakah bermulanya kejayaan beliau?

Jika anda selidik semua nama-nama besar di Malaysia dan didunia yang telah berjaya. Anda akan tahu betapa hebatnya Minda ini. Ya, semua bermula dengan Minda. Tanpa minda mereka yang jauh lebih berevolusi dan dapat memandang jauh kehadapan dari orang lain, pasti tidak akan bermula semuanya.

Oleh itu, dimanakah anda Minda anda ketika ini? Masih di takuk lama? Adakah anda ingin mengevolusikan minda anda untuk meruntuhkan tembok penghalang kejayaan anda selama ini?

Kuasai Minda anda. Ubah Minda anda. Evolusikan Minda anda di www.evolusiminda.com

Tiada yang mustahil di dunia ini. Tiap udara yang dihembuskan dari hati, berubah menjadi kalimat Tuhan yang berbunyi “Kun Fayakun! Jadi, maka jadilah!”

Guru oh Guru....

;;