Friday, February 27, 2009



MAKLUMAN kepada mahasiswa/i FPend yang ingin membuat permohonan penginapan kolej kediaman,anda semua boleh memohon seperti maklumagt dibawah

Alamat Laman Web : http://www.ukm.my/upp/
Tarikh Mula : 02 - 13 Mac 2009
Kolej : Semua Kolej Kediaman
Kaedah : Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di klik 'hantar' dan cetak( untuk simpanan sendiri)

Semua mahasiswa/i dinasihatkan membuat permohonan dalam tarikh yang ditetapkan. Kelewatan berbuar demikian, permohonan tidak akan diterima. Sekiranya saudara/i menghadapi masalah membuat permohonan,sila berhubung dengan pejabat kolej kediaman atau Unit perumahan pelajar di Aras 3 Bangunan Pusanika UKM

Wednesday, February 25, 2009

Sunday, February 22, 2009




Pengesahan peperiksaan semester 2 2008/2010 bermula pada 23 Febuari 2009 sehingga 1 Mac 2009. Sila sahkan pada tarikh tersebut untuk mengelakkan anda didenda. Untuk maklumat lanjut, sila layari SMPWEP

Friday, February 13, 2009

TERIMA KASIH...

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG MENJAYAKAN AIR MATA PALESTIN...

kehadiran yang sangat memberansangkan..walaupun sehari sebelum program ada masalah dan sedikit salah faham namun berkat keredhaan dari Ilahi dan kesungguhan semua AJK yang terlibat..Program ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar...TERIMA KASIH SEMUA...
semoga warga Fakulti Pendidikan ini akan terus memberi kerjasama dan bantuan yang tidak berbelah bagi terhadap program yang bakal dijalankan..kerana tanpa bantuan dan sokongan semua tidak mustahil sesuatu yang dirancang itu hanya berlalu tanpa kejayaan yang diharapkan..

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA'...=)

11 Jan, Fakulti Pendidikan telah berlangsungnya satu mesyuarat agung tahunan sesi 2008/2009 bertempat di dewan Budiman. Dengan kehadiran daripada penasihat persatuan Dr Norlena Salamuddin, Penyelaras Program Sains Dr Norazah Nordin dan Penyelaras Pipaq Dr Isa Hamzah, perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar sekali tanpa sebarang gangguan daripada pentadbir walaupun diperingkat awal bermacam-macam agenda yang mereka rangkakan. Salah satu dengan menyediakan satu senarai nama pencalonan bagi kepimpinan baru sesi 2009/2010 yang telah dipilih oleh setiap penyelaras program biarpun mereka tidak mengisi borang pencalonan.

Bagaimana pun dengan suara dan pendapat perwakilan saudara Ammar Ishak agar membuka pencalonan kepada barisan kepimpinan, mesyuarat sebulat suara bersetuju. Mesyuarat kemudian berlangsung dengan sebaiknya dengan cadangan dan sokongan daripada perwakilan yang hadir.

Apa yang menghairankan, Dr Norlena tidak mengambil peduli mesyuarat yang sedang berlangsung setelah menyerahkan senarai nama kepada pengerusi tetap dan pulang begitu sahaja. Dr Norazah yang pada mula mengikuti bersama Pn Hafdzam juga bertindak dengan jalan yang sama setelah mengetahui pencalonan dibuka secara umum semasa mesyuarat berlangsung. Nama-nama pencalonan yang telah disenaraikan hanya dipandang sepi menyebabkan mereka pulang dengan tangan kosong. Perlu difikirkan, apa tindakan mereka selepas Ini??? Kenapa mereka seolah merelakan pencalonan daripada kalangan pro mahasiswa??? Apakah agenda tersembunyi yang dirancangkan???Dan mereka yang telah tercalon untuk memegang amanah sesi 2009/2010 harus bersedia dari segi mental dan fizikal agar dapat menghadapi sebarang kemungkinan dengan sebaiknya..tahniah dan takziah buat anda semua...

Wednesday, February 11, 2009

1) Situasi : Timbalan Dekan cuba ingin membawa agenda sendiri dan merampas mikrofon..

Cara mengatasi :

a) Timbalan Dekan tidak boleh bersuara dalam AGM. Hal ini kerana hanya ahli yang boleh bersuara dalam AGM. Seperti mana dalam perkara 9 (1) Perlembagaan Pendidik 2001 yang menyatakan bahawa semua ahli berhak bercakap dalam AGM.

b) Timbalan Dekan bukan ahli dalam AGM. Ahli AGM hanyalah pelajar pra siswazah FPEND yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda FPEND. Sepertimana Perkara 7 (a) PP. Dan juga syarat keahlian mesti semua mahasiswa Ijazah Sarjana FPEND sepertimana Perkara 8 PP.

2. Situasi : Timbalan Dekan cuba mengusahakan agar cadangan senarai pendek nama calon digunapakai dalam AGM.

Cara mengatasi :

a) Tindakan Timbalan Dekan adalah salah dan bertentangan dengan perkara 9 (3) PP yang menyatakan bahawa ahli berhak memilih dan dipilih dalam AGM. Memilih maksudnya mengundi dan dipilih bermaksud layak untuk dicalonkan dalam apa apa jawatan dalam AGM.

b) Peruntukan Perkara 11 (1) hingga 11 (8) PP menyatakan bahawa AJK dipilih dalam AGM

c) Tiada dalam peruntukan Perlembagaan menyatakan bahawa senarai nama pendek calon dan sesi temuduga perlu diadakan bagi pemilihan AJK PEndidik. Sedangkan perlembagaan merupakan undang-undang tubuh Pendidik tertinggi dan digubal mengikut suara majoriti mahasiswa.

d) Perkara 17 (4) (b) menyatakan bahawa AGM merupakan medan perlantikan AJK baru dan antara proses AJK baru, perlu ad pencalonan di dalam AGM yang menjadi hak kepada ahli AGM.

e) Agenda AGM sendiri menyatakan bahawa perlu ada agenda pemilihan AJK baru sepertimana 17 (5) (h) PP 2001.

3. Situasi : Sekiranya perlantikan Pengerusi AGM dipertikai oleh ahli AGM

Cara mengatasi :

MT Pendidik berhak melantik Pengerusi AGM sepertimana dalam perkara 17 (3) PP

4. Situasi : Sekiranya Timbalan Dekan berkeras untuk masuk ke dalam AGM dan tidak pedulikan hujah-hujah lain.

Cara mengatasi :

a) Pindaan Perlembagaan PP perlu dibuat dalam AGM. Ia hendaklah dikemukakan kepada Pendidik dalam tempoh 14 hari sebelum AGM mengikut Perkara 22 (1) PP

b) Dan Pindaan itu hanya sah sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli yang hadir dan boleh mengundi (Pihak Pentadbiran tidak boleh mengundi). Sepertimana dalam Perkara 22 (2) dan Perkara 20.

Monday, February 9, 2009

AIR MATA PALESTIN


SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG TURUT MERASAI KEPERITAN DAN KESENGSARAAN YANG TELAH DIALAMI OLEH PALESTIN..SATU PROGRAM DI BAWAH BIRO KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN PENDIDIK AKAN MENGADAKAN PROGRAM AIR MATA PALESTIN :

TARIKH : 12 FEBUARI 2009
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN ANUAR MAHMUD
PROGRAM MENARIK : NASYID, CERAMAH DAN JUALAN AMAL

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT HADIRKAN DIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENIUPKAN SEMANGAT ROH PERJUANGAN DALAM DIRI AGAR SENTIASA DALAM PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR....


Menjelang AGM persatuan..PENDIDIK tidak lari dari menghadapi situasi tersebut...yang pasti kami harus berjuang dan bertarung dengan Pentadbiran bagi memperoleh kerusi dalam barisan kepimpinan PENDIDIK 09/10...Jika mereka di Fakulti lain hanya menepis campur tangan daripada MPP mahupun wakil Pelajar yang lain tidak bagi PENDIDIK....Penasihat yang sentiasa memberi nasihat yang sering kali menggugurkan jantung setiap Exco dengan mudah dan paling mengambil berat setiap kali pemilihan Kepimpinan PENDIDIK akan berlangsung....malah sanggup menjadi MC yang tidak bertauliah...demi untuk mengawal keadaan agar tidak jatuh ke tangan pembangkang...bermacam-macam helah yang dikeluarkan dari membiarkan kerusi-kerusi Exco PENDIDIK di kalangan barisan pro mahasiswa..antara yang dikeluarkan oleh beliau adalah dengan tidak menjalankan sesi temuduga bagi setiap calon yang menghantar borang pencalonan dan menetapkan hanya 5 orang layak bertanding bagi setiap program...calon-calon tersebut pula dipilih oleh Penyelaras Program..sedangkan masih ramai yang menghantar borang pencalonan tetapi hanya dipandang sepi..yang kedua, pelajar PIPAQ itu sendiri separuh daripada program yang lain..bagaimana mungkin hanya mewakili 5 orang pelajar...sesuatu yang sangat tidak adil..betapa dia ingin mengacau bilaukan keadaan...

jika keadaan ini berlaku...maka satu pencaturan kepada kepimpinan PENDIDIK dan pencabulan terhadap kebebasan mahasiswa untuk memilih akan berlaku... tidak mustahil PENDIDIK akan dikuasai oleh aspirasi...jadi kita sebagai mahasiswa yang bijak dan sentiasa ke hadapan seharusnya dapat berfikir dengan matang untuk menilai perkara tersebut...ayuh kita turun dan sama2 memberi sokongan kepada mahasiswa untuk memastikan perjalanan AGM kali ini berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan..bukan campur tangan dari Penasihat mahupun Pentadbiran..kuasa memilih pemimpin mahasiswa biarkan mahasiswa yang menentukannya...

JANGAN LUPA UNTUK HADIR KE AGM PENDIDIK:

TARIKH : 11 FEBUARI 2008
TEMPAT: DEWAN BUDIMAN
MASA : 8.00-11.00 MALAM

MAKANAN DISEDIAKAN....AYUH DATANG BERAMAI2...JANGAN BIARKAN HAK ANDA TERGADAI....

;;