Wednesday, February 11, 2009

1) Situasi : Timbalan Dekan cuba ingin membawa agenda sendiri dan merampas mikrofon..

Cara mengatasi :

a) Timbalan Dekan tidak boleh bersuara dalam AGM. Hal ini kerana hanya ahli yang boleh bersuara dalam AGM. Seperti mana dalam perkara 9 (1) Perlembagaan Pendidik 2001 yang menyatakan bahawa semua ahli berhak bercakap dalam AGM.

b) Timbalan Dekan bukan ahli dalam AGM. Ahli AGM hanyalah pelajar pra siswazah FPEND yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda FPEND. Sepertimana Perkara 7 (a) PP. Dan juga syarat keahlian mesti semua mahasiswa Ijazah Sarjana FPEND sepertimana Perkara 8 PP.

2. Situasi : Timbalan Dekan cuba mengusahakan agar cadangan senarai pendek nama calon digunapakai dalam AGM.

Cara mengatasi :

a) Tindakan Timbalan Dekan adalah salah dan bertentangan dengan perkara 9 (3) PP yang menyatakan bahawa ahli berhak memilih dan dipilih dalam AGM. Memilih maksudnya mengundi dan dipilih bermaksud layak untuk dicalonkan dalam apa apa jawatan dalam AGM.

b) Peruntukan Perkara 11 (1) hingga 11 (8) PP menyatakan bahawa AJK dipilih dalam AGM

c) Tiada dalam peruntukan Perlembagaan menyatakan bahawa senarai nama pendek calon dan sesi temuduga perlu diadakan bagi pemilihan AJK PEndidik. Sedangkan perlembagaan merupakan undang-undang tubuh Pendidik tertinggi dan digubal mengikut suara majoriti mahasiswa.

d) Perkara 17 (4) (b) menyatakan bahawa AGM merupakan medan perlantikan AJK baru dan antara proses AJK baru, perlu ad pencalonan di dalam AGM yang menjadi hak kepada ahli AGM.

e) Agenda AGM sendiri menyatakan bahawa perlu ada agenda pemilihan AJK baru sepertimana 17 (5) (h) PP 2001.

3. Situasi : Sekiranya perlantikan Pengerusi AGM dipertikai oleh ahli AGM

Cara mengatasi :

MT Pendidik berhak melantik Pengerusi AGM sepertimana dalam perkara 17 (3) PP

4. Situasi : Sekiranya Timbalan Dekan berkeras untuk masuk ke dalam AGM dan tidak pedulikan hujah-hujah lain.

Cara mengatasi :

a) Pindaan Perlembagaan PP perlu dibuat dalam AGM. Ia hendaklah dikemukakan kepada Pendidik dalam tempoh 14 hari sebelum AGM mengikut Perkara 22 (1) PP

b) Dan Pindaan itu hanya sah sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli yang hadir dan boleh mengundi (Pihak Pentadbiran tidak boleh mengundi). Sepertimana dalam Perkara 22 (2) dan Perkara 20.

0 comments: