Friday, February 13, 2009

AGM BEGITU lANCAR??????

11 Jan, Fakulti Pendidikan telah berlangsungnya satu mesyuarat agung tahunan sesi 2008/2009 bertempat di dewan Budiman. Dengan kehadiran daripada penasihat persatuan Dr Norlena Salamuddin, Penyelaras Program Sains Dr Norazah Nordin dan Penyelaras Pipaq Dr Isa Hamzah, perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar sekali tanpa sebarang gangguan daripada pentadbir walaupun diperingkat awal bermacam-macam agenda yang mereka rangkakan. Salah satu dengan menyediakan satu senarai nama pencalonan bagi kepimpinan baru sesi 2009/2010 yang telah dipilih oleh setiap penyelaras program biarpun mereka tidak mengisi borang pencalonan.

Bagaimana pun dengan suara dan pendapat perwakilan saudara Ammar Ishak agar membuka pencalonan kepada barisan kepimpinan, mesyuarat sebulat suara bersetuju. Mesyuarat kemudian berlangsung dengan sebaiknya dengan cadangan dan sokongan daripada perwakilan yang hadir.

Apa yang menghairankan, Dr Norlena tidak mengambil peduli mesyuarat yang sedang berlangsung setelah menyerahkan senarai nama kepada pengerusi tetap dan pulang begitu sahaja. Dr Norazah yang pada mula mengikuti bersama Pn Hafdzam juga bertindak dengan jalan yang sama setelah mengetahui pencalonan dibuka secara umum semasa mesyuarat berlangsung. Nama-nama pencalonan yang telah disenaraikan hanya dipandang sepi menyebabkan mereka pulang dengan tangan kosong. Perlu difikirkan, apa tindakan mereka selepas Ini??? Kenapa mereka seolah merelakan pencalonan daripada kalangan pro mahasiswa??? Apakah agenda tersembunyi yang dirancangkan???Dan mereka yang telah tercalon untuk memegang amanah sesi 2009/2010 harus bersedia dari segi mental dan fizikal agar dapat menghadapi sebarang kemungkinan dengan sebaiknya..tahniah dan takziah buat anda semua...

1 comments:

abuayman said...

sila lawati www.hadiahuniversiti.blogspot.com untuk maklumat hadiah dan segala keperluan program anda